Dalam kalangan kita,mungkin ramai yang ingin bertaubat namun tidak tahu ke mana arah untuk mencari panduan. Berdampinglah dengan orang-orang soleh, jagalah solat, bacalah Al-Quran.
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah:
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
1. Niat Solat Taubat:
أُصَلِّى سُنَّةَ التَّوْبَةَ رَكْعَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى
Ushalli Sunnatat Taubata Rak’ataini Lillahi Ta’ala
Artinya :
“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah: ( Pasti anda tentu sudah taukan surat Al-Fatihah )
Rakaat pertamanya: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:
membaca istighfar 100 kali اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمِ ( astagfirullah al azim ) - dan ingatlah tentang semuah dosa2 yg kita telah perbuat...lalu hayati....lalu min jami'il ma'ashi waz zunub taubatan nasuha wala haula walaquwata illa billah hil aliyil azim.
boleh di tambah puji -pujian tasbih ( subhanallah 33x ) tahmid ( alhamdulillah 33x ) dan takbir ( Allahu akbar 33x ), lalu laa ilaha ilallah 33x atau 100x.
baca sholawat nabi " allahuma sholi ala sayidina muhammad wa ala ali sayidina muhammad 11 x ( terserah mau lebih juga gk papa malah lebih bagus )..
kemudian silahkan berdoa pakai bahasa indonesia juga ga apa2x..
silahkan berdoa mohon ampun dan menyesali semua perbuatan dosa dari hati yg paling dalam...setelah ituterserah ...minta apa aja. berjanji tidak akan mengulangi lagi...
!!meski namanya manusia sering lupa!!
tapi ga usah takut,,yg penting ada niat taubat dan memperbaiki diri kearah positif...lambat laun akan juga insya alloh mudah2han akan sempurna...
karna tdk mungkin langsung semua dosa kita akan d hapus. semuanya butuh proses..
Dan satu lagi,,,?
Jangan sampe lupa jaga sholat 5 waktunya,, trus baca istigfar sehabis sholat kalau mampu 100x atau semampunya saja gak papa.
Trus perbanyaklah BERAMAL,,kecil ga apa_apa, yang penting istiqomah,,bukan besar atau kecil nilainya..
0 komentar:
Post a Comment